
Banjir kilat: enam keluarga dipindahkan ke PPS SK Merlimau
AYER KEROH 1 Nov. – Empat kawasan di Jasin dinaiki air akibat banjir kilat kira-kira jam 5 pagi tadi yang berpunca dari hujan lebat dan limpahan air sungai di kawasan berdekatan.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Melaka Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, setakat jam 2 petang tadi semua mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau.
“Banjir melibatkan enam keluarga iaitu 10 wanita dan enam lelaki.
“Kawasan dinaiki air membabitkan kawasan Paya Lengkong, Merlimau (lima rumah), Kilang Berapi (10 rumah), Merlimau Pasir (enam rumah) dan Umbai Pantai (sembilan rumah),” katanya.
Katanya, bagaimanapun setakat jam 2 petang tadi keadaan kembali cuaca cerah dan pasukan APM sedang membuat pantauan paras air dari semasa ke semasa.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...