YB Along santuni pengamal media Melaka
SELANDAR 5 Ogos – Kira-kira 30 wakil pelbagai agensi media di Negeri Melaka diraikan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan, dalam program santai di sebuah ladang durian, di sini, semalam.
Biarpun sibuk dengan tugasan hakiki, Firul Nizam mengambil kesempatan itu untuk menyantuni pengamal media di negeri ini sambil menikmati keenakan isi durian bersama-sama tanpa sebarang protokol.
Sebagai Exco memegang portfolio komunikasi, pertemuan itu secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara pengamal media Negeri Melaka dan Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan.
Hadir sama, pada program santai itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Rosemanizam Mohammed Nalif dan Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika), Amir Mamat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DOA IBU BAPA, GURU PELENGKAP IKHTIAR GAPAI KECEMERLANGAN – KM
TANJUNG BIDARA 15 November - Doa ibu bapa dan guru dianggap sebagai pelengkap kepada segala usaha bagi setiap anak-anak yang...
KETUA MENTERI SANTUNI CALON UPKK DAN SPM DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 15 November - Seramai 464 calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disantuni Ketua...
REMAJA PEREMPUAN HILANG SABTU LEPAS DITEMUKAN SELAMAT
KUANTAN 15 November - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Paya Chedung, Maran Sabtu lepas...
JETI BAHARU LANCARKAN LAGI OPERASI ECO-CRUISE SUNGAI LINGGI
AYER LIMAU 15 November - Pembinaan sebuah jeti baharu di muara Sungai Linggi, dijangka mampu memperhebatkan lagi aktiviti pelancongan di...
TANDAS AWAM MPHTJ MENANG TOTYA’24
AYER KEROH 15 November - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) merangkul pengiktirafan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA'24)...
NAIKKAN ARAS JALAN ATASI BANJIR KILAT DI LEBUH AYER KEROH
KLEBANG 15 November - Menaikkan aras jalan antara penyelesaian jangka panjang dikenal pasti Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka dalam...