Peruntuk lebih RM15 juta baiki masjid, surau

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

SERI NEGERI 2 Ogos – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memperuntukan lebih RM15 juta untuk kerja baik pulih masjid dan surau di negeri ini sepanjang tempoh tiga tahun dari 2021 hingga 2023.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata unjuran peruntukan untuk tempoh tiga tahun tersebut adalah RM15,525,242.17 juta.

Katanya, unjuran peruntukan baik pulih masjid dan surau itu bagi tempoh tahun 2021, 2022 dan 2023.

“Pada tahun 2021, MAIM memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta manakala JAIM pula menyumbang RM1.48 juta dengan nilai keseluruhan RM3.28 juta.

“Bagi tahun 2022, MAIM menyediakan RM3juta dan JAIM pula RM2.4 juta dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5.4 juta.

“Sementara itu bagi tahun ini, MAIM menyediakan RM1.5 juta dengan peruntukan tambahan RM1.5 juta. Manakala JAIM memberi RM2.38 juta dengan peruntukan tambahan sebanyak RM1.465 juta dengan nilai keseluruhan bernilai RM6.845 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) mengenai peruntukan daripada MAIM untuk baik pulih masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri terbabit pada hari terakhir, Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Rahmad turut memaklumkan, sehingga Julai 2023, MAIM dan JAIM telah menerima 160 permohonan bagi melaksanakan pembaikan masjid dan surau, namun hanya 97 diluluskan.

Katanya, permohonan yang diluluskan melibatkan nilai sumbangan sebanyak RM3,234,944.43 daripada MAIM dan JAIM.

“Untuk pecahan, MAIM telah menyalurkan sumbangan bagi 72 permohonan baik pulih masjid dan surau dengan nilai RM1.546 juta.

“JAIM telah membiayai pembaikan bagi 25 permohonan dengan jumlah RM1.688 juta.

“Kesemua peruntukan ini melibatkan pembaikan di 19 masjid, 53 surau, sembilan surau sekolah, enam tanah perkuburan Islam, satu madrasah tahfiz dan sembilan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

920
Kongsi :
Previous post Lapan fokus pembangunan ekonomi Melaka
Next post Sidang DUN Melaka matang, beradab
Ubah saiz-+=