Sorting by

×

Atlet taekwando harumkan nama Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 31 Julai – Atlet dari Melaka membuktikan kehebatan mereka di gelanggang taekwando apabila berjaya merangkul 16 pingat emas pada Kejohanan Terbuka Selangor, baru-baru ini.

Jurulatih Melaka Elyse Lim Shi Ying berkata, kejayaan itu melayakkan Melaka muncul naib johan keseluruhan pada kejohanan anjuran Persekutuan Taekwando Antarabangsa (ITF) itu.

Katanya, seramai 60 atlet bersama empat jurulatih mewakili ITF Melaka dan secara keseluruhan 58 pingat berjaya dibawa pulang atlet dari Melaka.

“Selain 16 pingat emas, kontinjen ITF Melaka turut meraih 19 perak dan 28 gangsa.

“Kejohanan ini telah berlangsung di Eco World, Puncak Alam, Selangor melibatkan 700 peserta dari seluruh persatuan taekwondo dalam Malaysia.

“Kejohanan kali pertama diadakan secara besar-besaran selepas pandemik COVID-19 kali ini membawa kemenangan besar buat Melaka dan kami bersyukur kerana ini kali pertama persatuan ini berada pada senarai tertinggi kemenangan kejohanan itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2023-07-31 at 18.34.24
AKSI menarik dipamerkan atlet mewakili Melaka.

Menurut Elyse, selepas ini, dia bersama atlet akan memberi tumpuan penuh kepada kejohanan di peringkat antarabangsa yang bakal melibatkan 10 buah negara.

“Kejohanan itu dijangka akan diadakan di Shah Alam, Selangor, tahun depan,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2015
Kongsi :
Previous post Bot pancung bawa dadah RM400,000, warga Indonesia ditahan
Next post Kapal bawa barang pertanian karam di Selat Melaka, 11 kru hilang
Ubah saiz-+=