
Naik taraf Stadium Jasin tunggu kelulusan MOF
SERI NEGERI 31 Julai – Kementerian Kewangan (MOF) belum meluluskan peruntukan bagi permohonan kerja menaik taraf Stadium Jasin yang mengalami kerosakan terutama melibatkan rumput dan litar trek tar.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah mengemukakan permohonan itu ke Bahagian Pembangunan (BPN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Melaka bagi membolehkan permohonan itu tersenarai dalam ‘Rolling Plan’ (RP) Kedua, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Katanya, cadangan itu bagaimanapun masih belum mendapat kelulusan daripada MOF.
“Usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi kerja naik taraf stadium berkenaan akan diangkat semula dalam permohonan RP seterusnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dikemukakan oleh Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) pada Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15 di Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...