13 juta pengunjung naik Melaka River Cruise sejak 2006

Masa Membaca:39 Saat

SERI NEGERI 31 Julai – Sejak beroperasi Melaka River Cruise (MRC) berjaya menarik 13 juta pelancong domestik dan antarabangsa, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Menurut beliau, jumlah itu direkodkan sepanjang ikon tarikan pelancongan Melaka itu mula beroperasi pada 2006 hingga Julai tahun ini.

Katanya, sehingga kini MRC kekal menjadi tarikan utama di Negeri Melaka yang mana harga tiketnya juga amat berpatutan.

“Daripada segi harga, ia masih amat berpatutan sehingga kini. Bagaimanapun, sekiranya ada cadangan atau pandangan lain, kita akan perhalusi lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15, di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1337
Kongsi :
Previous post Dua Adun tidak hadir hari pertama sidang DUN – Speaker
Next post Kuota 30 peratus untuk anak Melaka di Petronas
Ubah saiz-+=