Sorting by

×

Chee Yee dilantik Timbalan Speaker DUN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 31 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas dilantik memegang jawatan itu berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Adun Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang dilantik sebagai Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.

Terdahulu Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Adun Tanjung Bidara, mengusulkan pelantian Chee Yee, kemudian disokong Adun Paya Rumput, Datuk Rais Yasin pada Persidangan Kedua, Penggal Kedua, DUN Melaka Yang Ke-15, di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Selepas undian, usul itu mendapat sokongan daripada 24 Adun, dua lagi berkecuali manakala dua lagi tidak hadir.

Chee Yee adalah anak bekas Adun Durian Daun, mendiang Kerk Kim Hock, anak jati Melaka ini adalah graduan Ijazah Sarjana Perdagangan dan Perakauan dari Melbourne, Australia serta aktif dalam arena politik sejak 2017.

Beliau pernah menyandang jawatan Exco Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan Sukan negeri dari Mei 2018 hingga Mac 2020.

Sementara itu Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Datuk Mustafa Musa diumumkan menjadi Ahli Dewan Negara tempoh tiga tahun.

Pelantikan Mustapa sebagai Senator mendapat undian terbanyak dengan 24 undian selepas nama beliau diusulkan Ab Rauf dan disokong Adun Asahan, Fairul Nizam Roslan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1630
Kongsi :
Previous post Semangat kibar Jalur Gemilang meresap ke akar umbi
Next post Dua Adun tidak hadir hari pertama sidang DUN – Speaker
Ubah saiz-+=