PRN: Lebih 39,000 pegawai, anggota dan pasangan TDM terbabit undi awal

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SUNGAI UDANG 30 Julai – Lebih 39,000 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) serta pasangan masing masing akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 8 Ogos depan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, mengikut pecahan ia membabitkan lebih 29,000 pegawai dan anggota manakala 9,000 adalah pasangan mereka.

Mengulas lanjut Mohammad berkata, TDM turut melaksanakan Op Neraca di enam negeri terbabit, bagi membantu agensi keselamatam awam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman umum sepanjang proses PRN berlangsung.

“Kami turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti lokasi panas di enam negeri berkenaan yang berkemungkinan berlaku provokasi atau sebarng situasi boleh menggugat ketenteram awam.

“Bagi saya rakyat Malaysia sudah matang dalam proses demokrasi (pilihan raya) ini, jika dilihat pada pilihan raya yang lepas tidak ada sebarang kekecohan dilaporkan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup UKM TD Tahun 2023 di Lapang Sasar 400 Meter, Kem Terendak, di sini, hari ini.

Hadir sama ke majlis itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku
Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi; Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan dan
Panglima 10 Briged (Para), Mejar Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal.

PRN membabitkan Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor dengan hari mengundi ditetapkan pada 12 Ogos.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2478
Kongsi :
Previous post Bekas pemain bola sepak hadapi tuduhan pecah rumah, simpan barang curi
Next post Perluas konsep ‘Wujud Dalam Masyarakat’
Ubah saiz-+=