Belanjawan 2021: Harap pelajar IPT dapat manfaat

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 31 Okt. – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berharap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pelajar malah program dicadangkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga diterima Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, dengan 20 universiti di bawah kementerian itu, sudah pasti pelbagai program dicadangkan dan memerlukan peruntukan.

“Kita mengharapkan pelbagai program yang dicadangkan KPT dapat diterima Kementerian Kewangan dan diharapkan bajet kali ini akan memberi manfaat kepada generasi muda terutamanya mereka yang sedang belajar sama ada di universiti awam atau swasta.

“Bagi pihak KPT, kami mengharapkan Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan permohonan yang dibuat dari KPT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) pada sesi ketiga Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-71 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut memohon beberapa perkara yang berkaitan dengan ‘graduate employability’ (kebolehpasaran graduan) dalam kalangan mereka yang telah bergraduasi.

“InsyaAllah ia akan memberi manfaat terutamanya kepada pelajar dan universiti awam itu sendiri kerana kalau kita lihat aspek di universiti ini ‘stakeholder’ dia adalah pensyarah, pelajar itu yang utama dan kakitangan serta keluarga,” katanya.

Views:

591
Kongsi :
Previous post Mohd Hamdi Naib Canselor UM baharu
Next post TABIKA Telok Gong diarah dikosongkan akibat hakisan serius
Ubah saiz-+=