Lambaian Masjid Selat

Masa Membaca:42 Saat

Oleh: Iqmal Haqim Rosman

BANDA HILIR 29 Julai – Masjid Selat Melaka yang terletak di Pulau Melaka, Banda Hilir menjadi antara masjid tercantik di Negeri Melaka.

Selain menjadi tempat ibadah bagi umat Islam, masjid ini turut menjadi salah sebuah lokasi tarikan pelancong disebabkan lokasinya yang berhadapan dengan Selat Melaka.

Masjid ini dinamakan Masjid Selat Melaka kerana ia dibina di atas pulau buatan di Selat Melaka yang merupakan selat terpanjang dan tersibuk di dunia.

masjid selat 2
TERDAPAT pelantar yang disediakan khas untuk pengunjung melihat Selat Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Masjid ini mula dibina pada Julai tahun 2003 dan telah siap pembinaannya serta mula digunakan pada 29 Ogos 2006.

Sejak ia mula dibuka kepada pengunjung, Masjid ini menjadi antara destinasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1391
Kongsi :
Previous post Didik orang Jasin guna kenderaan elektrik
Next post Penjinak rusa Taboh Naning
Ubah saiz-+=