
Lakukan penyelarasan sebelum keluarkan permit – MPAG
ALOR GAJAH 27 Julai – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan melakukan penyelarasan keatas sebuah kilang ayam di Kuala Sungga, yang didakwa mengeluarkan bau busuk sehingga mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk sekitar.
Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim, penyelarasan itu akan dilakukan pihaknya bersama beberapa agensi lain termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.
Katanya, hasil semakan, premis berkenaan tidak mendapat permit daripada MPAG.
“Namun begitu premis terbabit mempunyai permit dari JPV disebabkan itu kami perlu melakukan penyelarasan.
“Kita juga akan lihat aspek binaan premis dan pelan sebelum penyelarasan dibuat bagi tindakan lanjut sebelum permit dapat dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, dalam masa yang sama juga MPAG akan terus melakukan pemantauan dalam usaha membendung pemasalahan dihadapi penduduk.
“Tanah premis terbabit milik persendirian tetapi mereka perlu mendapatkan kelulusan operasi atau binaan daripada pihak majlis.
“Susulan daripada lawatan turun padang MPG turut mengeluarkan notis kepada pihak premis itu dibawah Undang-Undang Kecil Bangunan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...