
Sidang DUN Melaka 31 Julai hingga 2 Ogos – Speaker
AYER KEROH 27 Julai – Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan bersidang selama tiga hari bermula 31 Julai sehingga 2 Ogos ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, sebanyak lima usul akan dibentangkan sepanjang tiga hari persidangan berlangsung.
“Pada hari pertama (31 Julai) adalah pembukaan persidangan yang dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi soalan lisan.
“Kita sudah menerima 108 soalan lisan dan 114 soalan bertulis yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini.
“Terdapat lima usul dibentangkan iaitu pelantikan Timbalan Speaker DUN Negeri Melaka, pelantikan Ahli Dewan Negara dan usul Pindahan Perlembagaan Negeri Melaka.
“Selain usul Ahli Jawatankuasa Dewan Negeri Melaka dan usul Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Persidangan DUN Melaka kali ini lebih singkat berbanding sebelum ini yang dilaksanakan selamat empat hari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN MPV, LORI DI BINTULU
BINTULU 11 Mac - Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga...
POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH DI BUKIT MERTAJAM
BUKIT MERTAJAM 11 Mac - Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok...
TAK MAHU BELI BAJU RAYA, PETANDA AISAR AZIM AKAN PERGI SELAMANYA – KELUARGA
SEREMBAN, 11 Mac - Permintaan untuk tidak membeli baju raya tahun ini menjadi petanda pemergian seorang remaja, Aisar Azim Abdullah,...
CUMA 20 PERATUS PEGAWAI, ANGGOTA BOMBA MELAKA DIBENARKAN CUTI RAYA
JASIN 10 Mac - Hanya 20 peratus daripada keseluruhan 496 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
REZEKI ORANG DUYONG KIAN MELIMPAH
BANDARAYA MELAKA 11 Mac - Pelbagai program berbentuk keagamaan dan kerohanian yang memberikan manfaat kepada penduduk, khusus golongan kurang berkemampuan...
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...