
Kompang Cina meriahkan Festival Merakyatkan Seni Budaya @Jonker Walk
BANDA HILIR 27 Julai – Pertunjukan Kompang oleh pelajar berketurunan Cina antara persembahan silang budaya ditampilkan pada Festival Merakyatkan Seni dan Budaya @Jonker Walk pada 28 hingga 30 Julai ini.
Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya, Datuk Ronald Gan berkata, persembahan unik itu dijayakan oleh pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Beruang.
Katanya, antara persembahan lain akan ditampilkan adalah tarian singa, tarian naga dan tarian Barongan daripada kumpulan kesenian.
“Festival tiga hari ini melibatkan lebih 100 pemain industri seni budaya, pelajar dan ahli kelab kesenian yang akan membuat persembahan bermula dari jam 8.30 pagi hingga tengah malam.
“Pada hari kedua pula, kita akan mengadakan Konsert Festival Seni dan Budaya menampilkan artis-artis kebudayaan negeri,” katanya pada sidang media di Bangunan Gan Boon Loong di Jalan Jonker, di sini, semalam.
Ronald berkata, festival itu turut mendapat sokongan daripada lebih 300 pengusaha dan peniaga Jonker Walk.
“Sebagai tanda sokongan kesemua pengusaha dan peniaga di Jonker Walk akan memasang gegantung sepanjang tiga hari festival tersebut berlangsung.
“Festival yang julung kali diadakan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...