Sorting by

×

Melaka promosi TMM2024 di Itali

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat
DUYONG 20 Julai – Kempen promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di peringkat antarabangsa akan terus diperluaskan dan kali ini delegasi Kerajaan Negeri Melaka akan berkunjung ke Itali.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, siri promosi di Itali itu dijangka akan diadakan di dua lokasi iaitu Sardinia dan Rome bermula 30 Julai hingga 10 Ogos ini.
Katanya, seramai 25 delegasi Kerajaan Negeri Melaka akan terlibat sepanjang tempoh itu termasuklah penyanyi dondang sayang, penari dan pemuzik.
“Melaka menjadi satu-satunya negeri dalam Malaysia yang dijemput International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF) yang mana ia merupakan satu pengiktirafan untuk mengadakan persembahan di Itali.
“Selain memperkenalkan budaya dan warisan Melaka, kunjungan ke sana juga menjadi misi serampang dua mata untuk kita membuat promosi TMM2024 yang akan diadakan tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan persiapan akhir penggiat seni yang akan membuat persembahan di Ballus-21st International Meeting of Folklore Sardinia, Itali bertempat di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalannya Datuk Zaidi Attan; Pengurus Besar INSWA Abdul Malek Bador; Pengurus Sungai Melaka Ventures Sdn Bhd Nurman Mohd Baroldin dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Azlan Abidin.
Menurut Abdul Razak, sepanjang di Itali, pihaknya bersama delegasi akan membuka kaunter pameran TMM2024 bertujuan memperkenalkan destinasi pelancongan menarik kepada penduduk negara itu.
“Selain itu, kita juga akan memperkenalkan pakej-pakej pelancongan menarik TMM2024 untuk pelancong datang ke Melaka pada tahun depan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1318
Kongsi :
Previous post Jenayah indeks di seluruh negara menurun – KPN
Next post Pupuk hubungan harmoni pekerja, majikan
Ubah saiz-+=