Usaha dekatkan jurang antara kaum bawa tuah

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

BUKIT PALAH 20 Julai – “Sudah pasti ianya anugerah besar buat saya dan ini akan jadi inspirasi untuk saya terus bergerak dalam mendekatkan jurang antara kauma di negara ini,” itu kata penerima Tokoh Non-Muslim menerusi Anugerah Ibnu Uraiqith, Lee Se Pin.

Se Pin, 40, berkata meskipun gementara namun dia bersyukur kerana terpilih menjadi antara 13 tokoh yang menerima anugerah pada Majlis Perhimpunan Dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka 2023 di Auditorium Masjid Al-Azim, hari ini.

Jurubahasa mahkamah yang bertugas di Kompleks Mahkamah Melaka itu berkata, dia tidak pernah terfikir akan terpilih sebagai seorang daripada tokoh pada sambutan Maal Hijrah.

Katanya, aktiviti kemasyarakatan dan sukarela disertainya sudah lama iaitu lebih sembilan tahun dalam mendekatkan jurang antara kaum untuk membina bangsa Malaysia.

“Selepas itu sebelum pandemik saya mula terbabit dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan daripada situ banyak saya pelajari dalam apa yang dihajati.

“Mudah-mudahan dengan anugerah ini ia akan terus memberi saya semangat meneruskan apa yang diperjuangkan iaitu mendekatkan jurang antara kaum serta mengukuhkan perpaduan,” katanya.

Dia ditemui selepas majlis penyampaian anugerah berkenaan yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurutnya, anugerah itu juga tidak mungkin akan diperoleh jika tidak mendapat sokongan dan dorongan banyak pihak.

“Saya berterima kasih kepada semua yang banyak membantu dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini begitu juga dengan keluarga, begitu memahami,” katanya.

photo_2023-07-19_12-57-06
Penerima Tokoh Keluarga Mithali (Anugerah Keluarga Sumayyah dan Yassir), Ahyead Alias, 67 bergambar bersama ahli keluarganya sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, bagi seorang lagi penerima iaitu Ahyead Alias, 67, yang menerima Anugerah Keluarga Sumayyah dan Yassir) berkata, dia amat berbesar hati apabila terpilih menerusi Tokoh Mitahli.

“Mempunyai 13 anak sudah pasti setiap daripada mereka mempunyai 13 perangai dan tabiat tetapi dengan amalan doa yang diamalkan, Alhamdulillah kesemua mereka berjaya.

“Ini juga adalah kejayaan didikan daripada isteri kerana dia lebih banyak masa dengan anak-anak dirumah. Cuma nasihat saya buat ibu bapa diluar sana, banyakkanlah doa buat anak-anak.

“Doalah yang baik-baik buat anak kita, kalau ada terasa hati atau tersinggung niatkan yang baik-baik, tidak boleh ambil hati dengan mereka” katanya yang juga mantan Imam II Masjid Kampung Hulu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1322
Kongsi :
Previous post Pelajar UK prihatin nasib penyu karah Melaka
Next post Majoriti penuntut IPT berpeluang mengundi
Ubah saiz-+=