Sorting by

×

Tiada kebenaran anjurkan ‘ratu pondan’

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Kerajaan Negeri tidak akan memberikan kebenaran membabitkan penganjuran peragaan ‘ratu pondan’ yang dikatakan akan diadakan disebuah hotel terkemuka pada hujung bulan ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, difahamkan penganjuran program itu adalah daripada pihak luar namun tiada sebarang permohonan yang diterima sehingga kini.

“Setakat ini belum ada apa-apa permohonan daripada penganjur selain difahamkan penganjuran adalah daripada pihak luar.

“Hal ini diketahui hanya menerusi media sosial namun begitu permohonan belum lagi dihantar oleh penganjur tetapi kita ke arah untuk batalkan dan saya tidak benarkan,” katanya.

Rahmad berkata, sempena menyambut kedatangan Maal Hijrah, Kerajaan Negeri mempunyai 18 program yang sudah disusun untuk diadakan sepanjang Julai dan Ogos.

“Jika ada permohonan seperti ini memang kita tidak benarkan apatah lagi sekarang kita berada di dalam bulan Julai dan Ogos  adalah bulan sambutan Maal Hijrah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan ada menerima laporan berkaitan program berkenaan dan hal itu sudah dirujuk ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1626
Kongsi :
Previous post Melaka Ride & Run promosi TMM2024
Next post 3R: Siasatan hampir selesai – KPN
Ubah saiz-+=