33 mangsa banjir di Jasin dipindahkan ke PPS
Masa Membaca:26 Saat
AYER KEROH 12 Julai – Seramai 33 mangsa banjir di daerah Jasin dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), malam tadi.
Kesemua mangsa dari sembilan buah keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai yang dibuka pada jam 9 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat jam 8 pagi ini, sebanyak tiga lokasi terjejas banjir di daerah berkenaan.
Ia membabitkan kawasan Kampung Kilang Berapi, Kampung Lanchang dan Kampung Janda Berhias.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
1557