
Dua lemas semasa cari kepah
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan mayat mangsa pertama Mohamad Amin Umar, 39, ditemukan pada pukul 3.30 pagi manakala mangsa kedua, Awang Khairul Aziq Awang Chula, 25, dijumpai pada pukul 3.42 pagi.
Menurutnya, pihak Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.47 tengah malam, melibatkan tiga lelaki yang mencari kepah dengan dua daripada mereka telah hilang dibawa arus manakala seorang berjaya menyelamatkan diri.
“Bomba telah membuat pemantauan dan mencari dalam radius 100 meter di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri lemas. Mangsa pertama telah dijumpai penduduk kampung pada 3.30 pagi, kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mayat mangsa kedua dijumpai anggota pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada 3.42 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...