Sorting by

×

OOTD di ‘Maldives of Melaka’

Masa Membaca:36 Saat

Oleh: Iqmal Haqim Rosman

SUNGAI RAMBAI 11 Julai – Airnya yang jernih, cuaca cerah dan langit membiru menjadikan Sungai Kesang sebagai antara lokasi santai buat pengunjung yang datang bercuti di Negeri Melaka.

Kerana keindahannya, sungai berkenaan juga popular dengan panggilan ‘Maldives of Melaka’ dalam kalangan pengunjung.

Keindahan Sungai Kesang mula mendapat perhatian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hingga dikunjungi ribuan pelawat.

Tetapi awas, sebalik airnya yang kebiruan Sungai Kesang sebenarnya turut menjadi habitat kepada beberapa ekor sang bedal, namun tidak sebanyak dicatatkan di Sungai Linggi.

Malah sebelum ini ada cadangan termasuk daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka untuk membangunkan lokasi itu sebagai Mini Santuari Buaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2594
Kongsi :
Previous post Wanita maut kereta jatuh cerun
Next post Belajar bidang teknikal, hebat di pentas tari
Ubah saiz-+=