Sorting by

×

Kalam Ilahi DUN Ayer Limau diteruskan

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER LIMAU 10 Julai – Penganjuran karnival berunsurkan Islamik iaitu Kalam Ilahi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau pada tahun ini dijangka akan diadakan pada Ogos depan dengan penyusunan program lebih meriah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, selain dapat menambah ilmu agama dalam komuniti masyarakat Islam, program seumpama itu secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai anak muda menjadi cendekiawan agama.

“Pada Ogos ini kita rancang untuk mengadakan program keagamaan seperti tahun lalu iaitu Kalam Ilahi yang mana menerusi penganjuran itu akan ada pelbagai pengisian berunsurkan agama dan akan membabitkan penduduk setempat.

“Sepanjang tempoh itu nanti akan diadakan program seperti ceramah agama, hafazan, selain kelainan untuk tahun ini setiap kampun akan tampilkan imam muda ini adalah bertujuan mencari pelapis baharu dalam kalangan anak kampung,” katanya.

Menurutnya, jika penganjuran tahun lalu yang diadakan di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar, dikunjungi lebih 1,000 penduduk sekitar, Kalam Ilahi yang bakal diadakan tahun ini dijangka akan menerima lebih ramai pengunjung.

“Untuk tahun ini kita sasarkan lebih ramai pengunjung sehubungan itu, kita juga akan menambah beberapa lagi kategori pertandingan selain menampilkan penceramah atau ustaz yang dikagumi dikagumi ramai dalam berkongsi hal berkaitan agama,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, sebagai Adun beliau sentiasa memastikan segala infrastruktur dan fasiliti di kawasannya dapat diguna sebaiknya oleh penduduk setempat.

“Untuk infrastruktur saya sentiasa bergerak rapat dengan agensi kerajaan yang terbabit seperti Pajabat Daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memastikan pembangunan di kawasan Ayer Limau berada dalam keadaan baik serta memberi keselesaaan kepada penduduk setempat.

“Malah untuk suku tahun pertama tahun ini juga, di Ayer Limau ini banyak kawasan yang sudah dinaik taraf seperti pembinaan longkang dan juga jalan raya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1421
Kongsi :
Previous post Kajian terperinci di Lebuh AMJ dan SPA, atasi kesesakan – KM
Next post Pasang perangkap di setiap DUN atasi ancaman haiwan liar
Ubah saiz-+=