Tandas awam Jasin bakal bertaraf BMW

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

JASIN 9 Julai – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan penambahbaikan dalam usaha menjadikan tandas awam di kawasan pentadbiran itu bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

Yang Dipertuanya, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata, kesemua tandas  di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kini sedang dalam proses penambahbaikan secara berperingkat.

Katanya, bagi memastikan tandas di bawah pentadbiran MPJ bertaraf BMW, kesemua 29 diserahkan pengurusan pembersihan harian kepada SWCorp sebagai persiapan untuk bersih (B).

“Manakala untuk mengekalkan menawan (M), MPJ sedang memperkemas penjagaan tandas dengan kerjasama penyewa-penyewa gerai.

“Langkah ini adalah untuk memantau aktiviti vandalism dan mengunci tandas diluar waktu operasi perniagaan gerai,” katanya.

Terdahulu, perasmian Program BMW daerah Jasin itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar di Tandas Awam Medan Selera Waterfront Jasin.

IMG_1240
KHAIDHIRAH selepas merasmikan Tandas Awam Medan Selera Waterfront Jasin. Foto Majlis Perbandaran Jasin.

Rosemanizam berkata, pemantauan berterusan setiap hari daripada SWCorp bersama Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar MPJ akan memastikan wangi (W) dapat dikekalkan.

“Justeru itu saya amat berharap kerjasama pengguna tandas awam supaya bersama-sama dengan kami menjaga tandas awam seperti rumah sendiri.

“Untuk itu juga kita akan melakukan penyerahan tandas ini kepada penjaga angkat yang terdiri daripada penyewa gerai MPJ sebelum Oktober,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1569
Kongsi :
Previous post Bekas Pengerusi AirAsia Bhd Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia
Next post KPDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak tukar bungkusan atau label beras
Ubah saiz-+=