Bayi perempuan maut dilanggar pacuan empat roda
KEMAMAN, 9 Julai — Seorang bayi perempuan berusia setahun lima bulan maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu sepupunya di rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
“Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.30 malam tadi. Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipandu sepupu mangsa yang berusia 19 tahun.Â
“Kenderaan itu diparkir di hadapan rumah tersebut dan pemandu dikatakan sedang mengundur kenderaan untuk ke rumah bapa mentuanya di Rasau, Dungun,” katanya dalam kenyataan hari ini.Â
Hanyan berkata dalam kejadian berkenaan, mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.
“Mangsa telah terkena tayar sebelah kiri kenderaan itu dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENJAWAT AWAM MELAKA HAYATI AMANAT PM
SERI NEGERI 3 Januari - Lebih 300 penjawat awam Kerajaan Negeri menyaksikan siaran langsung Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama...
BAJET MELAKA 2025, INISIATIF MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT
SERI NEGERI 3 Januari - Pelaksanaan pelbagai inisiatif menerusi Bajet Melaka 2025 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat....
TINGKAT PEMBANGUNAN USAHAWAN MENERUSI BAJET 2025
SERI NEGERI 3 Januari - Pembangunan usahawan di Melaka terus diperkasa apabila peruntukan berjumlah RM600,000 disalurkan menerusi portfolio pembangunan usahawan,...
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
AYER KEROH 2 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi berhubung aspek integriti pegawai dan anggotanya dalam usaha...