APM Melaka uji ketahanan fizikal pada pertandingan CDLC

Masa Membaca:59 Saat

MASJID TANAH 7 Julai – Seramai 20 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka mewakili negeri ini ke Pertandingan Civil Defense Lifeguard Challenge (CDLC) di Pantai Batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, pertandingan selama empat hari bermula hari ini bakal menguji kecekapan, kemahiran, aspek mental dan fizikal pegawai serta anggota berkenaan dalam kepakaran menyelamat di air.

Katanya, pertandingan itu adalah acara tahunan anjuran APM, namun ditangguhkan hampir tiga tahun akibat penularan pandemik COVID-19.

“Kami sudah melakukan persiapan untuk memburu kejuaraan dalam tujuh kategori dipertandingkan meskipun sedar bakal menerima cabaran sengit daripada pasukan lawan.

“Sejak dua minggu lalu proses latihan awal untuk memilih wakil APM Melaka dilaksanakan diikuti latihan intensif bagi mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan gimik pelepasan pegawai dan anggota membabitkan 15 lelaki serta lima wanita mewakili Melaka ke CDCL di Pejabat Unit Pertahanan Awam Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Antara kategori dipertandingan pada CDCL adalah ‘Run Swim Run’, ‘Beach Sprint Relay’, ‘Beach Flag’, ‘SurfBorad Relay’, ‘Rescue Tube Race’, ‘Rigid Inflatable Boat Race’, ‘Ocean Endurance’ dan ‘Throw Bag’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

821
Kongsi :
Previous post Perzim jadi pusat sejarah dunia
Next post Waspada tragedi kepala air di air terjun Asahan
Ubah saiz-+=