Suntik semangat pelajar kurang berkemampuan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 6 Julai – Seramai 420 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di Melaka menerima sumbangan kelengkapan sekolah daripada Yayasan Petronas, tahun ini.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada 2,520 pelajar zon Selatan yang menerima bantuan berkenaan menerusi program Memperkasakan Ilmu: Back to School 2023 (BTS 2023).

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Mohd Zaki Mahat berkata, selain Melaka, bantuan itu turut diberikan kepada 1,470 pelajar di Johor dan 630 pelajar di Negeri Sembilan.

Menurutnya, program yang dilancarkan sejak 10 tahun lalu itu merupakan sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam menyokong kecemerlangan dan kemenjadian pelajar di negara ini.

“Justeru, kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi pelajar kurang berkemampuan, dan agar mereka terus bermotivasi untuk menelaah pelajaran demi masa depan yang lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima Mohd Akmal Mohd Noor, 13, menyuarakan rasa syukur di atas sumbangan yang amat bermakna itu.

Dia yang merupakan pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar berkata, bantuan berkenaan menaikkan semangatnya untuk mengecap kecemerlangan akademik dan membantu keluarga.

“Saya berasa gembira terpilih sebagai salah seorang penerima. Dengan baucar yang diterima ini, saya ingin membeli barang-barang keperluan sekolah dan saya akan lebih bersemangat untuk belajar di sekolah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1334
Kongsi :
Previous post MBMB ajak lebih banyak sekolah sertai penggredan tandas
Next post Denggi: 93 notis dikeluarkan
Ubah saiz-+=