
Kesihatan Abdul Hadi merosot – Anak
KUALA TERENGGANU, 1 Julai – Kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.
Perkara itu dimaklumkan anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.
“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.
Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu berkata Abdul Hadi sememangnya dalam keadaan uzur, sewaktu hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu.
Beliau berkata walau bagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu, tetap menggagahkan dirinya untuk hadir.
“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital Abdul Hadi dirawat, namun beliau sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI
AYER KEROH 29 April - Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini...
BIMBING BELIA KECICIRAN AKADEMIK JADI USAHAWAN
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 30 program pemantapan dan pembangunan belia dilaksanakan sepanjang tahun oleh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan...
BERAS MELAKA DIJUAL DI 4 LOKASI
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, melancarkan fasa pertama pengeluaran Beras...
MELAKA TERIMA RM1.7 JUTA PERUNTUKAN MARRIS BAGI PEMASANGAN LAMPU JALAN TAHUN INI
SERI NEGERI 29 April - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menerima peruntukan RM1.7 juta bagi tahun 2025 di bawah Sistem...
TIGA TAMAN PERUMAHAN BAHARU BAKAL DIBINA DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak tiga lagi taman perumahan baharu sedang dalam perancangan untuk dibangunkan di Dewan Undangan Negeri...
TUGU KEDAULATAN NEGARA ADA DI PULAU KONET
SERI NEGERI 29 April - Sebuah Tugu Kedaulatan Negara telah dibina di Pulau Konet, Telok Gong oleh Majlis Keselamatan Negara...