Aidiladha: Aliran trafik lebuh raya utama bergerak perlahan
KUALA LUMPUR, 28 Jun – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan tetapi lancar berikutan orang ramai mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok.
Jurucakap PLUS Trafik memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), trafik perlahan ke arah utara di Slim River, Perak menuju Sungkai, dan Bidor ke Tapah serta dari Tapah ke Gopeng.
“Trafik perlahan arah utara dari Juru, Pulau Pinang ke Sungai Dua dan dari Jawi ke Bukit Tambun. Trafik turut perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam.
“Bagi arah selatan, trafik perlahan dari Senawang ke Pedas Linggi, Negeri Sembilan. Selain itu, trafik juga perlahan dari Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) menuju ke Pantai Timur juga perlahan bermula dari Gombak ke Lentang.
“Trafik juga perlahan ke arah utara dari Permatang Pauh ke Sungai Dua dan dari R&R Sungai Muda ke Sungai Petani, Kedah,” katanya.
Selain itu, trafik turut perlahan dari Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) ke CIQ Tuas, Singapura dan dari Tambak, Johor ke CIQ Woodlands, Johor.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...