Sorting by

×

Sasar jualan murah sebulan sekali di Gadek

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

GADEK 28 Jun – Penganjuran program jualan murah akan diteruskan sekurang-kurangnya sebulan sekali di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.

Setiausaha Japerun Gadek, Zainudin Merah berkata, program berkenaan sekali gus membantu penduduk mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga berpatutan.

“Di peringkat DUN Gadek kita akan teruskan lagi program ini menerusi kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka.

“Seperti penganjuran Jualan Agro Madani diadakan kali ini benar-benar membantu penduduk lebih-lebih lagi sebagai persiapan Hari Raya Aidiladha.

“Kita akan teruskan di pelbagai lokasi dalam DUN Gadek kerana ia menerima sambutan positif daripada penduduk berbilang kaum di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika menghadiri Program Jualan Agro Madani @Japerun Gadek diadakan di Kampung Gadek, di sini, semalam.

Terdahulu pada program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, VP Shanmugam sempat menyantuni penduduk yang hadir seawal jam 3 petang.

Sementara itu, Zainudin berkata, pakej jualan kombo yang dijual serendah RM20 menjadi antara tumpuan utama penduduk ditawarkan dalam program berkenaan.

“Kita menawarkan 400 set jualan kombo di mana penduduk akan mendapat 5 kilogram (kg) beras, sekilogram tepung gandum dan minyak masak peket serta sebungkus ketupat mini berharga RM20.

“Selain itu, program ini menawarkan 500 ekor ayam dijual serendah RM10 seekor, 500 papan telur gred B berharga RM10 serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2209
Kongsi :
Previous post Sinar ‘cahaya’ bantu asnaf jana pendapatan
Next post Penangan ‘viral’, peniaga nasi lemak syukur rezeki bertambah
Ubah saiz-+=