
Penduduk Rim belajar urus jenazah
RIM 27 Jun – Seramai 197 peserta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim menyertai Program Pengurusan Jenazah Siri 2 di Masjid Al-Mubarak, Kampung Kelubi, di sini, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, program itu diadakan bagi memberi pendedahan ilmu fardu kifayah kepada peserta khususnya penduduk kampung.
“Alhamdulillah saya lihat semua peserta memberi maklum balas positif terhadap program ini.
“Ini salah satu ilmu untuk peserta pelajari jika berhadapan dengan kematian sama ada melibatkan ahli keluarga atau jiran tetangga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, baru-baru ini.

Khaidhirah yang juga Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri berharap selepas ini lebih banyak program fardu kifayah seperti itu akan dilaksanakan.
“Tahniah Japerun Rim dan Pejabat Agama Islam Daerah Jasin di atas anjuran program ini.
“Lebih banyak program seperti ini diadakan, lebih banyak ilmu dan pahala yang diperolehi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...