Taman Laut Melaka bakal dibuka kepada pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

PENGKALAN BATU 27 Jun – Kerajaan Negeri akan mengambil kira beberapa faktor termasuk kaedah pengoperasian sebelum membuka Taman Laut Melaka kepada pelancong.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pewartaan taman laut itu yang membabitkan tiga pulau iaitu Pulau Undan, Nangka dan Dodol itu sudah selesai pada April lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri kini dalam proses perancangan seterusnya selepas pewartaan selesai dibuat.

“Bagi operasi di Taman Laut Melaka, kita akan berbincang dengan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) bagi mengenal pasti pengoperasian serta kedatangan pelancong, perbincangan masih diteruskan.

“Kita akan cadangkan kepada BPP kedatangan pelancong atau penyelam biar secara berkala mungkin satu trip kita hadkan dalam 100 pengunjung.

“Ini kerana kita mahu memulihara batu karang yang terdapat di taman laut, kita tidak mahu apabila terlalu ramai ia akan mendatangkan kerosakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Pelepasan Benih Ikan Untuk Pertandingan Memancing Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 di Empangan Sungai Batu Hampar, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya Low Chee Leong dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Mohd Fauzi Salehon.

photo_2023-06-27_12-03-57
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhammad Akmal Saleh mengadakan sidang khbar selepas Majlis Pelepasan benih ikan ke perairan umum negeri di Empangan Sungai Batu Hampar, Peringgit, Melaka. Foto: MR. AZLI

Dr. Muhamad Akmal berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk memasukkan Taman Laut Melaka dalam kalendar Tahun Melawat Melaka 2024.

“Kita kenal pasti terdapat 14 hari di mana keadaan air tenang yang mana sesuai untuk penyelam turun melihat keadaan batu karang kerana keadaan visualnya amat cantik.

“Memang kita alukan semua penyelam untuk datang ke Taman Laut Melaka kerana berdasarkan kajian dibuat batu karang yang terdapat di situ antara yang tercantik di dunia.

“Selepas ini pengunjung yang datang ke Melaka bukan hanya boleh berjalan tetapi boleh melakukan aktiviti skuba,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1785
Kongsi :
Previous post 150,000 benih ikan dilepaskan ke Empangan Sungai Batu Hampar
Next post Kes denggi meningkat 7.7 peratus, dua kematian direkodkan
Ubah saiz-+=