
Kerajaan Negeri Melaka sumbang lembu korban untuk setiap DUN
BUKIT PALAH 23 Jun – Kerajaan Negeri Melaka akan menyumbangkan seekor lembu untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Hari Raya Korban.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kesemua lembu itu akan diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) beragama Islam dan bagi Adun bukan Islam, sumbangan lembu korban itu akan diserahkan kepada penyelaras.
“Pemberian ini adalah sumbangan Kerajaan Negeri kepada kesemua 28 DUN untuk melaksanakan ibadah korban.
“Selain DUN, sumbangan daging korban juga akan diberikan kepada pasukan beruniform seperti polis, bomba dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Minggu Dakwah (MINDA), Melestarikan Dakwah Insani, Membangun Ummah Madani di Auditorium Masjid Al Azim, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...
112 ORANG MELAKA DITIPU ‘SCAMMER’, BABIT KERUGIAN RM1.032 JUTA
MACHAP JAYA 15 Mac - Belum cukup tiga bulan sejak tahun 2025 membuka tirai, seramai 112 rakyat Melaka telah menjadi...