Pelajar jadi penjaga haiwan zoo

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 21 Jun – Kelab Interact Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin mengambil pendekatan mewujudkan suasana yang ceria dan bersih di dalam Zoo Melaka menerusi Kerja Projek Program Khidmat Komuniti – Zoolunteer.

Ketua Guru Penasihat Kelab Interact SMK Tun Syed Zahiruddin, Ezwafahmey Ahmad Kusaini berkata, projek itu merupakan salah satu kegiatan kokurikulum pelajar tingkatan enam untuk membentuk kecemerlangan individu secara menyeluruh.

Katanya, matlamat utama kegiatan kokurikulum untuk meningkatkan nilai kepimpinan pelajar ke arah pembentukan negara bangsa yang cemerlang meliputi aspek perpaduan, jati diri dan patriotisme.

“Bertemakan ‘Haiwan Disayangi, Alam Sekitar Dicintai’, projek ini memberi peluang kepada pelajar memperluaskan bakat dan kebolehan mereka dalam mengurus program bersama masyarakat.

“Pelajar juga dapat memupuk semangat kerjasama antara komuniti, mewujudkan suasana persekitaran zoo yang bersih dan ceria, sekali gus menjadikan aspek kebersihan sebagai amalan dalam kehidupan harian.

“Semasa projek dijalankan semua ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan, mereka diberi tugasan untuk membersihkan kawasan persekitaran zoo dan memberikan haiwan makan dengan bantuan ‘Zookeeper’ (penjaga zoo) yang bertugas,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

WhatsApp Image 2023-06-21 at 12.47.46 PM (1)
SEBAHAGIAN pelajar tingkatan enam yang melaksanakan projek berkenaan di Zoo Melaka, Sabtu lalu.

Pada program itu, pihak Zoo Melaka telah menyerahkan sijil penghargaan kepada semua ahli-ahli Kelab Interact yang terlibat dalam projek itu.

Turut hadir Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin, Faridah Mat Zon; Guru Kokurikulum Tingkatan Enam, Wahida Osman dan para guru penasihat Kelab Interact SMK Tun Syed Zahiruddin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2496
Kongsi :
Previous post Melaka perluas tayangan skrin besar acara sukan sempena TMM2024
Next post PMM raih 11 pingat di Pertandingan Melaka Culinary Challenge 2023
Ubah saiz-+=