
Juara dunia 100m tidak dapat beraksi di Olimpik Tokyo, digantung dua tahun
ANKARA 28 Okt. – Juara dunia acara larian 100 meter lelaki, Christian Coleman, pada Selasa dilarang menyertai sebarang kejohanan selama dua tahun kerana melanggar peraturan anti-doping, lapor Agensi Anadolu.
“Tribunal Disiplin menyokong tuduhan AIU dan mengenakan tindakan ke atas pelari pecut Christian Coleman dari Amerika Syarikat kerana melanggar peraturan anti-doping,” tulis Unit Integriti Atlet (AIU) di Twitter.
AIU berkata Coleman dilarang menyertai apa jua pertandingan sehingga 13 Mei 2022.
Berikutan itu, pelari berusia 24 tahun tidak dapat menyertai Sukan Olimpik Tokyo. Namun, beliau boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan.
Coleman merangkul emas dalam acara 100m dan 4x100m di Doha tahun lalu.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...