Sorting by

×

Kerajaan Melaka anjur Hari Bertemu Rakyat, 22 Jun ini

Masa Membaca:36 Saat

AYER KEROH 15 Jun – Keluarga Melaka dijemput menghadiri Hari Bertemu Rakyat bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), 22 Jun ini.

Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Ketua Menteri, memaklumkan program anjuran Kerajaan Negeri Melaka itu akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan serta agensi.

“Orang ramai adalah dijemput untuk bertemu dan beramah mesra bersama Ketua Menteri Melaka, Exco, Timbalan EXCO dan Ketua Jabatan tanpa sebarang janji temu awalan.

“Keluarga Melaka ayuh ke MITC bagi berurusan atau menyelesaikan sebarang aduan, masalah tertunggak atau mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan bersama mana-mana agensi Kerajaan secara ‘one stop centre’,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1441
Kongsi :
Previous post MBMB PBT pertama rangka Pelan Kecemasan Luar Tapak
Next post Perhalusi kaedah imbangi pembangunan ekonomi Melaka, Negeri Sembilan
Ubah saiz-+=