Ibu pelajar cemerlang SPM meninggal dunia akibat angin ahmar
BACHOK, 11 Jun – Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar, semalam.
Pengetua Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman Beris Lalang Noor Ruziana Ismail ketika mengesahkan perkara itu berkata Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8.45 malam tadi dan jenazah akan disembahyangkan dekat Kompleks Masjid al-Qudus, Kandis pada 10 pagi ini.
“Saya terima panggilan mengenai pemergian arwah lebih kurang pukul 8.45 malam tadi dan saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Syahril dan Insya-Allah selepas ini kami akan sampaikan sumbangan atau bantuan yang diperlukan beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sebelum ini, tular kisah Muhammad Syahril selepas pelajar itu tidak dapat hadir untuk menerima keputusan SPM pada Khamis lalu kerana perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019 dan pihak sekolah hadir ke rumahnya untuk menyerahkan keputusan cemerlang yang diperoleh beliau.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...