
MUSA sumbang kerusi roda kepada ‘Arab’
KLEBANG 27 Okt. – Atas dasar keprihatinan terhadap nasib penyokong tegar Melaka United yang kini sedang terlantar, Presiden Melaka United, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali telah memberikan sumbangan kerusi roda.
Kerusi roda itu diberikan kepada Abd Razak Abd Razif atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Arab’ dalam kalangan penyokong Melaka United yang kini mengalami lumpuh separuh badan akibat penyakit angin ahmar.
Sumbangan kerusi roda itu telah disampaikan Pengurus Pasukan Melaka United Muhammad Akram Abdullah yang mewakili Sulaiman hadir menziarahi penyokong berusia 56 tahun itu di kediamannya di Taman Bukit Rambai, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan dan sebahagian penyokong Ultras Taming Sari (UTS).
Views:
Related


Berita Lain
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...