Sorting by

×

Jom masuk UiTM

Masa Membaca:58 Saat

REMBIA 7 Jun – Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya dipelawa untuk hadir ke Ekspo Selangkah Ke UiTM, berlangsung selama dua hari bermula Jumaat ini di Dewan Bendahara, Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu.

Ketua Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Melaka, Akmal Adanan berkata, ekspo berkenaan juga membuka peluang kepada calon yang kurang daripada segi kelayakan dan kemampuan untuk menyambung pengajian di universiti itu.

Jelasnya, program ‘Pra Pendidikan Tinggi’ diwujudkan untuk membantu individu gagal mendapat tempat di universiti kerana tidak mencukupi kredit melanjutkan pengajian.

“UiTM menawarkan program berdasarkan kelayakan pelajar sama ada ke program Pra Perdagangan atau Pra Sains.

“Ibu bapa juga boleh melayari sistem Selangkah, menerusi laman sesawang, www.selangkah.uitm.edu.my bagi menyemak kelayakan program sebagai rujukan sebelum membuat pilihan program pengajian.

“Ekspo ini juga medium terbaik bagi lepasan SPM yang baru mendapat keputusan peperiksaan masing-masing. Sepanjang ekspo ini turut disediakan khidmat kaunseling kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau menyarankan calon yang hadir untuk menyediakan salinan keputusan peperiksaan, kad pengenalan dan sijil berkaitan.

“Dokumen-dokumen ini angat penting bagi membantu calon mengenal pasti program pengajian UiTM yang sesuai dengan mereka,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1991
Kongsi :
Previous post Buang sisa kimia ke Sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Next post UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu bantu pelajar memerlukan
Ubah saiz-+=