Sorting by

×

Maahad Tahfiz Pulau Besar kembali beroperasi

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

PULAU BESAR 8 Jun – Maahad Tahfiz Bistari (MTB) kembali beroperasi dengan 13 pelajar bagi sesi pengambilan 2023 mendaftarkan diri pada 5 Jun lalu.

Pengetua MTB, Bukhari Mohd Amin berkata, pengambilan baharu itu membabitkan pelajar program ‘fast track’ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Mereka ini adalah pelajar-pelajar tahfiz swasta, syarat kemasukan adalah warganegara Malaysia, lelaki, berusia 17 tahun ke atas, anak Melaka (keutamaan) dan telah menghafal sekurangnya lima juzuk al-Quran.

“Selain hafazan, pelajar juga akan mempelajari lapan subjek utama SPM seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah serta Bahasa Arab,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

WhatsApp Image 2023-06-07 at 2.40.03 PM
IBU bapa yang menemani anak-anak mereka yang mandaftar ke MTB.

Turut hadir memantau proses pendaftaran pelajar adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat; Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan JAIM, Ikraam Rosli dan Ketua Bahagian Pengurusan Pendidikan JAIM, Ab Khawi Che Abdul Rahman.

Sebelum ini MHI melaporkan MTB bakal dibuka semula pada tahun ini dan kerja-kerja menambah baik kemudahan sedia ada dijalankan tahun lalu.

Pengambilan pelajar dan kakitangan bagi maahad tahfiz berstatus swasta itu diletakkan sepenuhnya dibawah pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), ia dibina diatas tapak diwakafkan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

WhatsApp Image 2023-06-07 at 2.40.03 PM (1)
CHE Sukri (duduk empat kanan) bergambar bersama pelajar-pelajar tahfiz sesi pengambilan 2023.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6393
Kongsi :
Previous post UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu bantu pelajar memerlukan
Next post Lendu Berselawat 19 Jun ini
Ubah saiz-+=