Sorting by

×

‘Litter picker’ bantu matlamat Jasin bebas sampah – MPJ

Masa Membaca:53 Saat

JASIN 7 Jun – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sentiasa memastikan kerja-kerja kutipan dan pembersihan sampah-sampah kecil dilaksanakan oleh ‘litter picker’ pada setiap hari.

Yang Dipertuanya, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata setakat ini kawasan pentadbirannya terjaga dan bersih hasil kerja-kerja yang dilaksanakan litter picker.

“Terima kasih kepada mereka (litter picker) ini kerana sentiasa membantu mengindahkan negeri Melaka khususnya di kawasan pentadbiran MPJ.

“Kita berharap agar orang awam tidak membuang sampah merata-rata kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab yang perlu dipikul setiap rakyat Malaysia.

“Kerjasama komuniti diperlukan dalam memastikan matlamat Jasin bebas sampah tercapai,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Katanya, litter picker tidak hanya mengutip sampah-sampah kecil yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab, malah turut melakukan sapuan bagi memastikan kawasan dibawah tanggungjawab mereka benar-benar bersih.

“Mereka (litter picker) ini dilantik oleh kontraktor yang telah diarahkan oleh kita, daripada segi umur dan kelayakan pihak kontraktor yang tentukan.

“Cumanya kita sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan sentiasa turun padang, bagi memastikan mereka laksanakan kerja dengan baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1868
Kongsi :
Previous post Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan
Next post Nur Siti Fatimah selesa jaga lembu
Ubah saiz-+=