
Kompleks Sukan Tun Fatimah tarikan baharu TMM2024
DUYONG 4 Jun – Stadium Tun Fatimah yang akan dinamakan sebagai Kompleks Sukan Tun Fatimah mampu menjadi tarikan baharu Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM20224).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, kawasan itu akan dinaik taraf sebagai sebuah pusat riadah keluarga dan dilengkapi dengan pelbagai tarikan, tambahan aktiviti sukan selain beroperasi sepenuh masa.
Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, projek naik taraf itu akan dimulakan Julai ini dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2024.
“Saya difahamkan dalam pembangunan yang dirangka kompleks sukan itu nanti seperti mana sebelum ini hanya dijadikan lokasi beriadah pada waktu siang kita akan tambah baik supaya boleh digunakan pada waktu malam dilengkapi dengan tarikan dan taman-taman permainan khas.
“Lebih banyak tarikan, tambahan ruang sukan termasuk untuk golongan tertentu akan diperkenalkan, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyantuni peserta Program Santai Kelab Jentera Berat Kawalan Jauh Melaka di Stadium Tun Fatimah, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...