
Remaja lelaki hilang di Sungai Terengganu ditemukan lemas
KUALA BERANG, 4 Jun – Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Terengganu, dekat Kampung Dusun di sini, Jumaat lepas ditemukan lemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata mayat mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, ditemukan terapung di sungai berhampiran Kampung Temir oleh orang awam kira-kira 1.05 tengah hari tadi.
“Mayat ditemukan oleh orang awam yang kebetulan melalui sungai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan termasuk bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...