
Suri rumah rugi RM110,556 terpedaya kerja mudah ‘like and share’
KUANTAN, 4 Jun – Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM110,556 selepas diperdayakan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 36 tahun mendakwa pautan iklan di Telegram pada 30 Mei lepas hanya memerlukan dia membuat tanda suka dan berkongsi video YouTube.
“Mangsa berkata ditawarkan komisen antara 15 ke 20 peratus bagi melakukan lapan tugasan namun dia perlu membuat bayaran terlebih dahulu bagi mendapatkan pautan ke video terlibat.
“Tertarik dengan jumlah komisen menyebabkan mangsa mengeluarkan wang simpanan serta meminjam daripada rakan-rakan untuk membayar suspek,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Yahaya berkata mangsa telah membuat 21 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.
Yahaya menasihatkan orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran iklan di media sosial terutamanya yang menawarkan keuntungan tinggi dan pekerjaan mudah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...