
MHI terbit akhbar digital mulai 2 Jun
AYER KEROH 1 Jun – Media rasmi Kerajaan Negeri Melaka, Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) akan menerbitkan akhbar digital bermula 2 Jun (esok).
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MHISB Nasharuddin Muhammad berkata, langkah itu diambil bagi ‘merakyatkan’ lagi saluran berita menarik dan maklumat rasmi Kerajaan Negeri bersama agensi serta jabatan di bawahnya kepada orang ramai khususnya rakyat Melaka.
Menurutnya, akhbar digital itu juga bertujuan menarik lebih ramai pengiklan, terutama pengiklan baharu untuk memasarkan produk dan jenama masing-masing bersama Melaka Hari Ini.
“Untuk makluman, akhbar digital akan diterbitkan pada setiap hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, kecuali pada Sabtu dan Ahad.
“Manakala akhbar edisi cetak berserta digital akan terbit pada Isnin setiap minggu,” katanya.
Menurut beliau, orang ramai khususnya rakyat Melaka boleh menjadikan MHI sama ada versi cetak, digital dan Melaka TV sebagai sumber berita sahih mereka.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.melakahariini.my atau ikuti Facebook dan Twitter Melaka Hari Ini.
Untuk versi video boleh layari melakatv.com atau ikuti Melaka TV di Facebook, TikTok serta YouTube.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...