COVID-19: Dua kes baharu di Ayer Molek
AYER KEROH 26 Okt. – Dua kes terbaharu yang direkodkan hari ini membabitkan kontak rapat dari mukim Ayer Molek.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata dua kes berkenaan bagaimanapun tidak membabitkan mana-mana kluster di negeri ini.
Katanya, ia membabitkan dua beranak yang merupakan kontak rapat kepada kes pesakit COVID-19 yang pulang dari kawasan Lembah Klang di Ayer Molek.
“Dua kes itu merupakan ibu dan anak masing-masing berusia 34 tahun dan tiga tahun.
“Kes itu bagaimanapun dikategorikan sebagai kes import (luar Melaka),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Untuk rekod, setakat ini 31 kes positif COVID-19 masih menjalani rawatan di Hospital Melaka manakala empat kes sembuh direkodkan hari ini.
Beliau berkata daripada daripada dua kes berkenaan, seorang lagi kontak rapat dikenal pasti namun ujian calitan mendapati individu berkenaan negatif COVID-19.
Views:
Related
Berita Lain
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
AYER KEROH 2 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi berhubung aspek integriti pegawai dan anggotanya dalam usaha...
KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT TERSEPIT MEJA LIPAT
NIBONG TEBAL 2 Januari - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di...
MD NAZRI DILANTIK PEMANGKU KETUA POLIS MELAKA
AYER KEROH 2 Januari - Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Melaka berkuatkuasa...
SPM 2024: PERATUSAN KEHADIRAN CALON CECAH 97 PERATUS – FADHLINA
PUTRAJAYA 2 Januari - Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini, kata Menteri Pendidikan...