Sorting by

×

Ramah mesra atlet, pemimpin negeri di rumah terbuka Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

UJONG PASIR 22 Mei – Rumah Terbuka Aidilfitri Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) di Kampung Atap malam tadi meriah dengan kehadiran atlet-atlet negara.

Kehadiran kira-kira 10 atlet negara di rumah terbuka Aidilfitri Datuk Wira Nur Azmi Ahmad itu sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada Negeri Melaka yang menjadi tuan rumah pada Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada 19 hingga 22 Julai depan.

bb52be26-fadf-497c-9b0a-6317c9c28fd0
AZMI bergambar bersama atlet-atlet yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri berkenaan di Kampung Atap.

Kesemua atlet yang hadir berkesempatan beramah-mesra bersama pemimpin Kerajaan Negeri yang turut meriah dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut hadir pada rumah terbuka itu Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta tetamu kenamaan lain.

2a92ad2c-487c-4ec8-a676-644532112a7d
TUN Mohd Ali, Ab Rauf bersama kenamaan yang hadir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1161
Kongsi :
Previous post Tembakan meriam gamatkan Jamuan Terlajak Raya Duyong
Next post Dasar baharu lonjak ekonomi, bantuan guaman antara tumpuan hari pertama Dewan Rakyat
Ubah saiz-+=