
Tarikh keputusan SPM 2022, tunggu pengumuman KPM – Fadhlina
KOTA BHARU, 20 Mei – Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi, mengenai tarikh pengumuman tersebut.
“Banyak sangat spekulasi, anda semua kena pastikan tiada berita palsu tentang pengumuman SPM.
“Selagi tidak ada pengumuman daripada mulut saya dan Datuk KP (Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali) itu tidak betul. Terlalu banyak spekulasi, tetapi percayalah bila pun tarikhnya keputusan anak-anak tetap sama,” katanya.
Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini.
Turut hadir Pkharuddin, Pengarah Pendidikan Kelantan Mohd Zamri Abdul Aziz.
Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai poster tular memaklumkan keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
