
‘No right turn’ bermula Jun
BUKIT KATIL 18 Mei – Pelaksanaan ‘no right turn’ atau larangan membelok ke kanan yang pertama di Negeri Melaka akan dijalankan di persimpangan lampu isyarat di Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) dari arah Ayer Keroh bermula 1 Jun ini.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pelaksanaan itu dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Katanya, langkah itu bertujuan mengelakkan kesesakan lalu-lintas di laluan berkenaan menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
“Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menambah satu lagi susur keluar dari Lebuh SPA menghala ke Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di Blok Parameswara, Kompleks JPJ Melaka di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff.
Mengulas lanjut, Hameed berkata, pelaksanaan itu juga akan membabitkan beberapa lagi laluan yang kini sedang dikenal pasti oleh JKR.
Hameed berkata, pihaknya juga mengutamakan kerja membaiki dan menaik taraf laluan utama di destinasi tumpuan pelancong sempena TMM2024.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...