Sorting by

×

Warga JKR Melaka beraya sakan

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KOTA LAKSAMANA 17 Mei – Meskipun Syawal semakin hampir ke penghujung Sambutan Hari Raya Perdana Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka 2023 tetap berlangsung dalam suasana meriah.

Kakitangan JKR Melaka diketuai pengarahnya Datuk Ir. Ismail Abd Rahman, bersama ahli keluarga masing-masing hadir ke majlis itu dengan menggayakan baju raya.

Ir. Ismail berkata, majlis sambutan kali ini bertemakan kemeriahan Aidilfitri dalam suasana meriah dan penuh dengan keceriaan.

Katanya, dalam bergembira menyambut Aidilfitri, sambutan diadakan juga dapat menguatkan ukhwah dan muhibah sesama warga JKR serta Kerajaan Negeri selaras dengan konsep Malaysia Madani.

“Selain meraikan warga kerja JKR, majlis sambutan ini juga sebagai tanda penghargaan diatas sokongan yang diberikan pelbagai pihak kepada kami.

“Disamping itu ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat muhibah antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Perdana JKR Melaka, di sini, semalam.

Majlis sambutan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari.

Turut sama adalah barisan Exco Kerajaan Negeri antaranya Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Allex Seah Shoo Chin dan juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Mohd Noor Helmy Abd Halem.

Menurut Ismail, bagi meraikan tetamu yang hadir, pihaknya menyediakan sebanyak 16 gerai makanan dan minuman dikendalikan wakil JKR daerah.

“Untuk kali ini kita anggarkan tetamu seramai kira-kira 800 yang terdiri daripada kakitangan JKR, barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan agensi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3022
Kongsi :
Previous post TMM2024: Pelancong dipelawa naik Melaka River Cruise percuma
Next post ‘Floating market’ bakal beroperasi tahun hadapan
Ubah saiz-+=