
Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan: Pendaftaran dibuka 15 Mei hingga 28 Julai
AYER KEROH 15 Mei – Kerajaan Negeri Melaka mempelawa pemidato hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2023.
Pertandingan anjuran Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama Kerajaan Negeri Melaka, dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara itu diadakan bertujuan menyuburkan semangat patriotisme dan cintakan Negeri berasaskan prinsip Rukun Negara.
Kerajaan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak lima kategori bakal dipertandingkan iaitu kategori sekolah rendah (bergandingan), kategori sekolah menengah (bergandingan) dan kategori institusi pengajian tinggi.
Selain itu, turut dibuka kategori bukan Melayu dan kategori awam.
Jelas kenyataan itu, pendaftaran bagi pertandingan tersebut telah dibuka bermula hari ini (15 Mei) hingga 28 Julai depan.
“Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengimbas Kod QR yang tertera di poster pertandingan atau dengan melayari laman sesawang rasmi untuk mengetahui syarat-syarat Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2023,” kata kenyataan itu.
Pautan bagi pendaftaran pertandingan ini adalah seperti berikut: https://pidatotyt.melaka.gov.my/index.php/pendaftaran
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...