
Ada berita gembira menanti warga pendidik esok – Menteri
AYER KEROH 15 Mei – Guru-guru dan pendidik di negara ini bakal menerima berita gembira yang akan diumumkan esok, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menurutnya, khabar gembira itu akan diumumkan pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
“Berita gembira? Tak perlu tunggu PM (Perdana Menteri), Menteri Pendidikan akan umumkan. Jadi, tunggu esok kita umumkan,” katanya berseloroh.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Anugerah Guru Inspirasi (AGI) anjuran sebuah syarikat makanan segera, di MITC, di sini, hari ini.
Menurut beliau, pengumuman penting itu dijangka akan memberi semangat kepada guru-guru di negara ini.
Malah, jelasnya, ia juga memberi impak kepada keseluruhan ekosistem khususnya di negara ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...