Sorting by

×

Projek jalan mendap tuah buat PDTAG

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 12 Mei – Aduan mengenai mendapan di Jalan Semelenggang, Kampung Melekek Dalam, Taboh Naning membawa tuah buat Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) selepas muncul juara keseluruhan Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Tahun 2022.

Pengiktirafan atas inisiatif PDTAG itu diumumkan pada Majlis Anugerah Projek /Program Terbaik dan Kajian Penilaian Outcome Terbaik berlangsung di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Saiful Hazwa Kipli berkata, anugerah itu adalah hasil Projek Penyelenggaraan Crossing Culvert di laluan terbabit yang dilaksanakan dari 15 Julai hingga September 2021 dengan kos RM60,000.

“Projek ini adalah mengenai mendapan jalan perhubungan desa antara Kampung Lubok Kepong dan Kampung Paya Atas, namun hasil daripada aduan berkenaan PDTAG turut berjaya menyelesaikan isu banjir di kawasan terbabit.

“Projek ini adalah dua dalam satu. Ia hanyalah projek kecil namun memberi manfaat kepada hampir 1,500 penduduk sekitarnya,” katanya ketika ditemui.

Saiful berkata, susulan mendapatan akses masyarakat setempat terjejas malah terbeban kerana terpaksa menggunakan laluan alternatif yang jauh dan memakan masa perjalanan lebih panjang.

Katanya, berikutan itu PDTAG menggunakan peruntukan diterima untuk mengatasi permasalahan itu dan hasilnya penduduk sekitar kini menikmati infrastruktur yang lebih efisien.

“Kalau sebelum laluan itu sempit, kenderaan tidak boleh berselisih. Tetapi selepas penyelenggaraan dilaksanakan pengguna berasa lebih selesa.

“Kita tidak lagi menerima rungutan atau aduan daripada penduduk kampung dan 92 peratus berpuas hati dengan projek hasil tindakan PDTAG,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2489
Kongsi :
Previous post Selesaikan isu projek gajah putih sebelum TMM2024
Next post Sambutan Aidilfitri, Hari Perbandaran ke-20 MPAG meriah
Ubah saiz-+=